Kronologi Penangkapan Datuk Farid Kamil

Punca Farid Kamil ‘Naik Minyak’ Dan Menampar Anggota Polis|Seorang pelakon dan pengarah terkenal yang baru sahaja mendapat gelaran Datuk, Farid Kamil kini ditahan selepas dipercayai menampar seorang anggota polis dan menendang orang awam ketika berada di kaunter trafik Balai Polis Kota Damansara.

Pelakon yang juga merupakan suami kepada Diana Danielle itu ditahan kira-kira pukul 1.20 petang tadi bagi membantu siasatan dan akan kekal direman sehingga esok pagi sekiranya siasatan masih tidak lengkap.

Setelah diperiksa, akhirnya terbukti bahawa hasil keputusan air kencing mengesahkan bahawa Farid Kamil adalah positif dadah jenis ganja. Itu mungkin sedikit sebanyak mempengaruhi tindakan anehnya itu.

Dilaporkan, Farid Kamil datang ke balai polis pada awalnya bagi membuat laporan berhubung satu kemalangan jalan raya. Secara tiba-tiba, beliau bertindak menampar muka anggota yang menerima aduannya. Bukan itu sahaja, pelakon itu juga menendang orang awam yang berada dalam balai sebelum ditahan pihak polis.

Walaubagaimanapun, ketika ditanya mengenai tujuan laporan ingin dibuat, Farid menunjukkan mesej aplikasi Whatsapp berbunyi ‘300 artis hutang ah long’.

Beberapa hari sebelum ini, industri seni tanah air kecoh dengan pendedahan bahawa 300 artis kini sedang diburu Ah Long gara-gara meminjam duit secara haram. Perkara itu sendiri diakui oleh Presiden SENIMAN, Zed Zaidi.

Jelas Zed Zaidi, artis-artis itu terpaksa meminjam wang dari Ah Long kerana sumber mata pencarian mereka terjejas dan itu adalah kerana peluang pekerjaan untuk mereka telah berkurangan dan sukar nak cari makan.

Apa yang membimbangkan adalah Ah Long tersebut akan menyimpan kad-kad ATM mereka (para seniman). Terdapat satu kes di mana data dan maklumat peribadi seniman terbabit disalah gunakan oleh Ah Long.

Datuk Farid Kamil Ditahan Polis

Datuk Farid Kamil Ditahan Polis|Pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Farid Kamil Zahari ditahan selepas dipercayai menampar seorang anggota polis di Kota Damansara, Petaling Jaya sebentar tadi.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 petang itu, selebriti berusia 36 tahun itu dikatakan melakukan perbuatan tersebut di kaunter aduan Balai Polis Kota Damansara.lapor utusan

“Dia disyaki berada di bawah pengaruh dadah dan ujian air kencing sedang dijalankan terhadapnya,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din mengesahkan kejadian tersebut.

“Ujian air kencing sedang dijalankan,” katanya di sini hari ini.

Kronologi penangkapan Datuk Farid Kamil
Kronologi penangkapan Datuk Farid Kamil|Satu laporan polis dibuat oleh pengadu seorang anggota polis yang bertugas di kaunter Trafik Kota Damansara menyatakan

Pada 11/01/2018 jam l/krg 1320hrs datang seorang lelaki melayu bernama Farid Kamil bersama satu orang awam yang membantunya yang terlibat kemalangan untuk membuat laporan di balai trafik.

Semasa pengadu bertanya kepada lelaki tentang kejadian kemalangan, Lelaki itu Farid telah menunjukkan telefon bimbit bertulis “300 artis meminjam ah long kerana tiada kerja”, lalu pengadu bertanya kepada lelaki tersebut. Lelaki tersebut marah dan telah menampar pengadu disaksikan oleh Kpl 110562, dan 3 orang awam: Vikenesvaran, Wong Kok Keong, dan Ashraf.

Selepas itu Lelaki yang sama telah menyepak orang awam lain.

Lelaki tersebut nerupakan artis dengan gelaran Datuk Farid Kamil. Pengadu telah membuat tangkapan ke atas lelaki tersebut kerana berkelakuan merusuh, berkelakuan tidak senonoh dan menyerang serta mencederakan pengadu yang juga seorang penjawat awam yang sedang menjalankan tugas rasmi mengikut fungsinya

You May Also Like

About the Author: hairanmetro

%d bloggers like this: