Apa Yang Terjadi? Ini Yang Dari Mulut Mangsa Pukul Farid Kamil Sendiri .. Ini Kisahnya dan Video Farid Kamil Tidak Berbaju Sebelum Kejadian?

 

Mahkamah Benar Farid Kamil Direman Empat Hari

Mahkamah pagi tadi membenarkan permohonan pihak polis untuk menahan reman pelakon Farid Kamil selama empat hari untuk membantu siasatan berhubung kes mengamuk dan menyerang seorang anggota polis serta dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Majistret Zakir Asyraf Zubir memerintahkan Farid Kamil direman selama empat hari bermula Jumaat hingga Isnin.

Farid Kamil hadir ke mahkamah kira-kira pukul 10 pagi menaiki kenderaan polis kelihatan tidak terurus dengan pakaian lokap berwarna ungu.

Turut hadir di mahkamah adalah adik yang juga pengurusnya Fadzil Zahari. Difahamkan, isterinya Diana Danielle tidak dapat hadir bersama disebabkan sedang menjalani pengambaraan.

“Farid Kamil Turut Tampar Saya Sampai Merah Pipi”

Ekoran apa yang terjadi terhadap pelakon dan pengarah popular Farid Kamil dalam tempoh dua hari ini, pelakon Ridzuan Hashim turut menceritakan pengalaman beliau berhadapan dengan perangai Farid Kamil di lokasi penggambaran.

Ridzuan Hashim mendakwa pada Rabu lalu yang Farid Kamil tanpa sebab telah menampar pipinya dan telah berlalu pergi tanpa memberikan sebarang penjelasan terhadap tindakan tersebut.

“Kejadian berlaku jam 1.30 pagi pada 10 Januari lalu di studio milik Sofi Jikan ketika berlangsung penggambaran drama arahan Shuhaimi Lua Abdullah”

“Tidak semena-mena Farid menampar pipi kiri saya sampai jadi merah. Apabila saya jerit ‘Oi kenapa kau tampar aku’ dia terus berlari keluar meninggalkan premis yang menjadi lokasi penggambaran,” ujarnya kepada Harian Metro.
Ridzuan Hashim menambah yang beliau tidak membuat laporan polis kerana tidak mahu memanjangkan isu tersebut kerana mereka sama sama kawan selain tidak mahu keluarga Farid Kamil tertekan.

“Ketika itu saya lihat dia seperti kebingungan. Kru dan pelakon lain menjadi saksi apabila saya menjerit namanya dan mereka juga melihatnya berlari keluar,” tambahnya lagi.

“Farid Kamil Keturunan Perdana Menteri Pertama!”

Dalam kenyataan terbaru berhubung kes penangkapan Farid Kamil baru baru ini, rakan beliau Sofi Jikan tampil mempertahankan tindakan pelakon itu dalam memperjuangkan hak anak seni di Malaysia.

Farid Kamil khabarnya sensitif dengan nasib anak seni yang semakin tidak mampu cari makan dalam keadaan sekarang selain berazam mahu memperjuangkan nasib mereka selepas berita 300 orang artis diburu ah long didedahkan baru baru ini.

“Siapa yang tidak kenal siapa Farid Kamil — dia ada darah Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Beliau keturunan yang hebat, sebab itu dalam diri beliau ada jiwa seorang pemimpin”

“Dalam keadaan agresif dan tertekan, beliau bercakap tentang soal hak dan masalah sosial sehingga ke permasalan anak seni di Malaysia,” ujar Sofi Jikan yang ditemui media.

Lagi Update Isu Datuk Farid Kamil

Akhirnya Diana Danielle Bersuara Tentang Isu Farid Kamil Ditahan

 

Ibu Mertua Tampil Dedahkan Situasi Sebenar Rumahtangga Farid Kamil & Diana Danielle

 

 

Biodata Farid Kamil Yang Ramai Orang Tak Tahu

 

 

You May Also Like

About the Author: hairanmetro

%d bloggers like this: