Asteroid Sebesar Burj Khalifah Sedang Bergerak Menghampiri Bumi, Di Jangkakan 4 Feb 2018

KUALA LUMPUR: Bumi kini diancam asteroid dan tahi bintang ‘berpotensi berbahaya’ yang sedang bergerak kelajuan 122,310 kilometer sejam.

Asteroid 2002 AJ129 dikatakan bersaiz sebesar bangunan Burj Khalifa , di UAE yang dijangka melintasi Bumi pada 4 Februari ini dalam jarak 4.2 juta kilometer daripada planet kita.

Menurut Agensi Aeronautik dan Pentadbiran Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA), biarpun jarak laluan asteroid berkenaan melebihi 10 kali ganda antara jarak bumi dengan bulan, ia masih berada pada parameter yang ‘berpotensi berbahaya’ (yang mana klasifikasi ini digunakan untuk asteroid dalam lingkungan jarak 7.4 juta kilometer dari bumi).

“Asteroid itu berukuran 1.2 kilometer lebar dan berada pada kelajuan 122,310 kilometer sejam ketika berada di laluan paling dekat dengan bumi.

“Kedudukan itu merupakan kedudukan paling dekat jika dibandingkan dengan objek lain yang melalui bumi pada ketika itu.

“Kami telah menjejaki asteroid ini selama lebih 14 tahun dan telah mengenal pasti orbitnya dengan tepat.

“Berdasarkan pengiraan kami, asteroid 2002 AJ129 tidak berpotensi untuk merempuh bumi pada 4 Februari ini malah untuk 100 tahun akan datang,” kata Paul Chodas dari Institut Teknologi California NASA.

 

Kalau siapa yang membaca Novel #ketikazazilberputusasa pasti akan nampak kronologi satu persatu yang sedang Allah tunjukkan dan bongkarkan melalui kebenaran Sabda Nabi SAW…

Bukan masanya lagi untuk berpesta pora, DUNIA semakin rapuh.. Fragile World.. Jangan tunggu lagi…

Kalau anda nak tahu, apa lagi yang Nabi SAW sebutkan dan ceritakan yang diadaptasi melalui sebuah kembara akhir zaman, #ketikaazazilberputusasa adalah usaha kecil saya untuk memahamkan anda tentang kronologi Akhir zaman berdasarkan kajian Al Quran dan Hadis.

DIIZINKAN UNTUK SHARE, REPOST, DAN SEBARKAN VIDEO INI.

Mengejutkan!! Madinah Gempa Bumi,Dajjal Telah Keluar Dari Tempat Persembunyian?

Baru-baru ini pada 16 Januari 2018 telah berlaku satu gegaran gempa bum 2.5 skala ricter di Madinah Gegaran gempa bumi tersebut adalah kecil dan hanya didalam perut bumi. Walaupun begitu terdapat sesuatu yang menjadi kerisauan terhadapa sebilangan umat Islam yang berpegang kepada hadis Rasulullah SAW tentang tanda-tanda kiamat besar. Madinah adalah kota suci umat Islam yang mempunyai pelbagai kelebihan.

Tanah arab biasa mengalami gegaran-gegaran gempa bumi kecil,tetapi di Madinah kali terahir mengalami gempa bumi adalah di zaman Saidina Umar. Ketika berlaku gempa bumi,saidina Umar telah bertanya kepada penduduk Madinah, “apakah yang kalian lakukan sehingga Allah mendatangkan gempa bumi di Madinah”.

Menurut laporan daripada Berita Harian jurutera Persatuan Geologi Arab Saudi, Hani Zahran, berkata pusat gempa direkodkan di 14 kilometer dari barat daya Madinah pada kedalaman 7 kilometer.

Jurucakap Jabatan Pertahanan Awam, Kolonel Khalid Al-Johani, berkata pihaknya menerima laporan gegaran di kawasan kediaman di barat Madinah jam 3 petang.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Perlindungan Alam Sekitar dan Meteorologi, Tariq Aba Al-Khail berkata, gegaran itu sangat lemah dan tidak berbahaya, sekali gus tidak mendatangkan sebarang kerosakan.

“Gegaran kecil seperti ini adalah perkara biasa di Arab Saudi,” katanya.

Pengarah Jabatan Pertahanan Awam, Brigedier Jeneral Abdulrahman Al-Harbi turut mengarahkan pakar pertahanan awam dan Jabatan Kajian Geologi Arab Saudi untuk mengeluarkan laporan berkaitan.

Sementara itu, di media sosial,gempa bumi yang melanda kota suci di Arab Saudi ini dianggap sebagai peringatan dari Allah SWT kepada kaum muslim.

Seperti yang dituliskan facebook Fadillah Matsurika Abbas yang berkongsi tautan khabar gempa di Madinah. “Tiada suatu negeri pun melainkan akan diinjak oleh Dajjal, kecuali hanya Makkah dan Madinah.

Tiada suatu lorong pun dari lorong-lorong Makkah dan Madinah itu, melainkan di situ ada para malaikat yang berbaris rapat untuk melindunginya. Kemudian Dajjal itu turunlah di suatu tanah yang berpasir (di luar Madinah).

Lalu kota Madinah bergoncanglah sebanyak tiga goncangan dan dari goncangan-goncangan itu Allah akan mengeluarkan setiap orang kafir dan munafik (dari Makkah–Madinah).” (HR. Bukhari no. 1881 dan Muslim no. 2943).

Nabi Muhammad SAW bersabda, salah satu indikasi akan keluarnya Ad-Dajjal atau petunjuk Kiamat, jika kebanyakan manusia menjadi tak peduli dengan perkara fitnah Ad-Dajjal tersebut.

Dan, bahkan para Ulama meninggalkan kewajibannya untuk memperingatkan kaum Muslimin akan dahsyatnya fitnah Ad-Dajjal dari atas mimbar dakwah.

Hanya sebahagian ulama yang memberi peringatan tentang fitnah Dajjal itu. Padahal di setiap akhir tahiyyat akhir kita disunahkan untuk berdoa meminta perlindungan dari fitnah Dajjal. Nampaknya, keadaan umat Islam saat ini terlena mengejar cinta dunia dan lupa tentang hari Kiamat.

“Sesungguhnya saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Ad-Dajjal tidak akan keluar sampai manusia menjadi hairan dengan perkaranya (Ad-Dajjal) dan sampai para Mubaligh di atas mimbar-mimbar tidak memperingatkannya (soal Ad-Dajjal).” (HR Ahmad – Shahih).

Jika dilihat disekeliling kita perkara ini benar sudah terjadi. Masyarakat terutamanya di media sosial sering mengambil mudah tentang peringatan-peringatan yang dilakukan oleh sebahagian Ustaz menerusi ceramah mereka di Facebook. Lebih menyedihkan terdapat sebahagian masyarakat yang berani mencaci serta menghina ustaz yang menyampaikan peringatan tentang kiamat dan dajjal sebagai menyampaikan ajaran sesat atau memesongkan akidah. Walhal mereka yang mencaci para ustaz tersebut jelas kelihatan cetek ilmu dan dangkal.

Sementara akun Shaqeizha Hasan menuliskan, “SubhanALLAH….kota madinah di landa gempa bumi. Semoga ALLAH lindungi umat islam keseluruhannya dari fitnah hidup fitnah mati…, fitnah al masihid dajjal. In Shaa ALLAH. Aamiin”.

 

You May Also Like

About the Author: hairanmetro

%d bloggers like this: