[GAMBAR] Rakyat Korea Mula Jatuh Cinta Dengan Nasi Lemak RM19, Semuanya Kerana Lelaki Ini

  • Apa yang menarik tentang kehidupan di Malaysia ialah kepelbagaian pilihan makanan yang boleh kita dapati di sini.

    Tidak perlu travel jauh-jauh untuk rasai masakan yang berbeza dari serata dunia.

    • Malaysia dikenali sebagai ‘syurga makanan’. Sebut saja jenis makanan atau masakan apa yang anda suka, hampir kesemuanya ada di Malaysia.

      Itulah keistimewaan negara kita yang tidak sama dengan negara lain. Jika kita travel ke luar negara, pilihan makanan yang disediakan tidak begitu pelbagai, malah agak sukar untuk menemui makanan negara kita.

  • Situasi food-sick atau rindu makanan Malaysia selalu terjadi kepada para pelajar yang menyambung pelajaran atau rakyat yang menetap di luar negara

    • Paling tidak pun, mereka hanya boleh nikmati makanan kegemaran Malaysia setahun sekali iaitu ketika Hari Raya Aidilfitri. Inilah masanya untuk mereka “melantak” puas-puas dan melepaskan rindu.

  • Perkara itu turut dirasai oleh Ben Duzy, seorang pelajar Malaysia di Seoul, Korea Selatan.

    Namun, kerinduan yang membelenggu dirinya telah mendatangkan satu idea yang bernas.

    • Ben yang terlalu rindukan masakan Malaysia mendapat satu idea untuk menghasilkan dan menjual Nasi Lemak di Seoul.

      Walaupun Ben yang berasal dari Sabah ini tidak mempunyai pengalaman dalam bidang F&B (Food & Beverages) langsung, beliau tetap sahut cabaran. Ben mempelajari teknik menghasilkan Nasi Lemak bersama ibunya sendiri yang merupakan seorang bekas tukang masak.

  • Idea ini tercetus apabila Ben merasakan susah untuk cari makanan halal di sana, lebih-lebih lagi masakan Melayu

    • Perkara ini membuatkan dia terfikir untuk menjual Nasi Lemak kerana mempunyai ramai kenalan dari Malaysia dan Korea. Rata-rata mereka juga bersetuju dan memberi galakan kepada Ben untuk memulakan khidmat delivery. 

      Tanpa disangka, Nasi Lemak beliau mula mendapat perhatian dikalangan warga Korea. Katanya lagi, menurut pandangan orang Korea, rasa dan bahan-bahan yang digunakan dalam masakan Nasi Lemak ini hampir sama seperti menu yang popular di Korea, iaitu Bibimpap.

  • Lama-kelamaan, Ben menerima lebih daripada sekadar personal order. Beberapa syarikat swasta telah bersetuju untuk mengambil Ben sebagai caterer bagi menu sarapan pagi.

    • Rezeki Ben kini semakin melimpah ruah apabila dipanggil untuk menjadi caterer untuk beberapa syarikat swasta, agensi kerajaan Malaysia serta pihak kedutaan Singapura yang telah menempah Nasi Lemak beliau untuk dijadikan sebagai menu sarapan pagi.

  • Tidak berhenti setakat itu, Ben kini mempunyai warung sendiri yang dibuka di rooftop sebuah bangunan hasil kerjasama dengan rakan niaga Ben yang berasal dari Korea sendiri

    • Perniagaan Ben telah pun membuahkan hasil yang begitu mendadak apabila salah seorang rakannya yang berasal dari Korea ingin bekerjasama bersama beliau bagi mengembangkan lagi perniagaan ini.

      Mereka berdua telah membuka satu warung kecil-kecilan di rooftop sebuah bangunan di Seoul khas untuk pelanggan walk-in yang ingin menjamu selera terus di warung tersebut.

      Harga nasi lemak yang dijual tidaklah begitu mahal bila dikira dalam Won:

      • Satu Set Nasi Lemak (delivery): 6,000 Won (RM22+-)
      • Satu Set Nasi Lemak (walk-in): 5,000 Won (RM18+-)
  • Namun begitu, Ben sentiasa menghadapai cabaran untuk mendapatkan semua bahan yang diperlukan bagi menghasilkan Nasi Lemak tersebut

    • Sesetengah bahan sememangnya sukar untuk didapati di Korea.

      Oleh itu, Ben terpaksa mendapatkan bekalan terus dari Malaysia contohnya seperti sambal belacan dan ikan bilis.

  • Menu paling popular buat masa ini adalah Nasi Lemak Ayam Merah yang sentiasa menjadi pilihan ramai.

    Mungkin anda semua boleh rasa sendiri air tangan Ben apabila anda berada di Korea nanti?

  • Cayalah Ben! Semoga terus sukses!

You May Also Like

About the Author: hairanmetro

%d bloggers like this: