Pemilik Buah Terkejut Jumpa Duit RM3,000 Tekad Cari Pemilik Guna Sosial Media

Media sosial merupakan satu medium yang sangat berkuasa. Banyak kisah-kisah individu menjadi terkenal hanya kerana menjadi viral.

Bahkan, kuasa viral di sosial media juga banyak membantu mereka yang tidak dikenali. Ini yang terjadi pada seorang penjual buah yang menggunakan Facebook untuk mengembalikan dompet kepunyaan insan yang tidak dikenali.

Memetik Harian Metro, lelaki dikenali sebagai Abdul Jalil Lazim itu menggunakan Facebooknya setelah terjumpa sebuah dompet di belakang gerai buah miliknya.

Dia terjumpa dompet tersebut ketika sedang melayan pelanggan di gerai buah miliknya di Pantai Remis, Selangor. Ketika memeriksa dompet tersebut untuk mengetahui pemiliknya, Jalil terkejut apabila terdapat wang berjumlah lebih RM3000 di dalamnya.

“Saya bukak dompet dan ada duit banyak. Sudah pasti wang tersebut amat diperlukan pemiliknya” kata Jalil.

Jalil kemudian memuat naik sebuah video di laman Facebook kerana nekad mahu memulangkan kembali dompet tersebut.

Selepas sejam video tersebut menjadi viral, pemilik dompet berkenaan yang dikenali sebagai Mazlina Yusoff datang menemui Jalil untuk mendapatkan kembali barangnya itu.

Menurut Mazlina dia tidak sedar dompetnya tercicir jika tidak dimaklumkan oleh rakan-rakanya yang terlihat video yang dimuat naik oleh Jalil itu.

“Duit itu untuk perbelanjaan anak sekolah. Saya dan isteri panik malah berasa peluang untuk jumpa semula dompet itu tipis kerana duit di dalam beg itu sekitar RM3,000. Nasib baik jumpa semula dan peniaga itu jujur” kata suami Mazlina.

Jalil berasa gembira kerana berjaya memulangkan dompet tersebut kepada pemiliknya dan mendakwa hatinya tidak akan tenang jika tidak berjumpa semula dengan pemilik dompet.

You May Also Like

About the Author: hairanmetro

%d bloggers like this: