Rakaman CCTV tunjuk mendiang ambil telefon gurunya?

Dalam perkembangan terkini kes pelajar perempuan menggantung diri kerana dituduh mencuri telefon bimbit gurunya, sumber polis mengesahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sekolah yang diperoleh mendapati M Vasanthapiriya, 14, mengambil telefon bimbit gurunya, lapor Harian Metro.

Walau bagaimanapun, pihak polis enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana ia boleh mengganggu siasatan. Sebaliknya meminta semua pihak bersabar dan menunggu proses inkues.

Juga difahamkan, guru terbabit juga sudah menonton semula rakaman CCTV sekolah dan bertanyakan perkara terbabit kepada Vasanthapiriya pada hari kejadian. Namun mendiang enggan mengaku perbuatannya.

Terdahulu, pada hari kejadian itu, mendiang telah dipanggil oleh empat guru sekolahnya sebelum dituduh mengambil iPhone 6 milik seorang guru berkenaan. Mendiang tidak mengaku melakukan perbuatan itu.

Mendiang kemudian dibawa pulang ke rumahnya oleh guru bersama dengan suaminya yang juga seorang guru dan di depan ibu bapa pelajar terbabit, guru berkenaan mendakwa mendiang mengambil telefonnya.

Mendiang berlari masuk ke dalam biliknya dan menulis nota terakhirnya sebelum bertindak menggantung diri dengan kain selendang. Mangsa dikejarkan ke hospital dan koma beberapa hari sebelum disahkan meninggal dunia pada 1 Februari lalu.

BERITA SELANJUTNYA

NIBONG TEBAL: : Selepas bertarung nyawa lebih seminggu, seorang pelajar yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ) selepas cuba membunuh diri, meninggal dunia a wal pagi Khamis.

Remaja terbabit yang berusia 14 tahun, yang juga pelajar tingkatan dua sebuah sekolah di Nibong Tebal, meninggal dunia pada jam 3.30 pagi tadi, di sisi kedua ibu bapanya.

Menurut Presiden Persatuan Tamilar Kural Malaysia, David Marshel, berkata mayat remaja itu kini ditempatkan di Unit Forensik HSJ bagi membolehkan proses bedah siasat dilakukan.

Katanya, semua pihak berasa sedih apabila remaja itu akhirnya meninggal dunia selepas bertarung nyawa sejak Isnin minggu lalu.

Beliau yang mewakili keluarga remaja itu berkata, ahli keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan mangsa.

Dalam kejadian 22 Januari lalu, remaja perempuan itu dikatakan cuba membunuh diri dengan menggantung diri di dalam biliknya akibat tertekan selepas dituduh mencuri telefon bimbit seorang guru di sekolah.

Kejadian itu, bagaimanapun disedari bapanya yang kemudian bertindak pantas menyelamatkan remaja itu sebelum dikejarkan ke hospital.

Remaja itu dikatakan turut meninggalkan sekeping nota untuk kedua ibu bapanya mengaku bahawa dia tidak mencuri telefon bimbit tersebut.

You May Also Like

About the Author: hairanmetro

%d bloggers like this: