SAMBUT 3 TAHUN BERSAMA – WAN ARIF BERSYUKUR AFIFAH JADI PASANGANNYA

Baru-baru ini, pelakon Afifah Nasir dan kekasihnya, Wan Ariff telah menyambut ulangtahun mereka bersama sebagai pasangan kekasih selama tiga tahun di Thirty8, Grand Hyatt Hotel, Kuala Lumpur.

Menerusi laman Instagram, Afifah, 24, menyifatkan teman lelakinya seorang yang penuh dengan kejutan dan sentiasa membuatkan dia rasa istimewa setiap masa.

Afifah yang juga merupakan adik kepada pelakon Alzalna Nasir itu berkata yang dia tidak akan memperoleh pasangan yang lebih baik daripada kekasihnya.

“Banyak benda nak cakap tentang lelaki istimewa ini. Seorang yang sentiasa penuh dengan kejutan. Sentiasa berahsia bila nak bawa pergi makan malam.

Klik untuk gambar besar

“Terima kasih selalu percaya dengan saya dan buat saya rasa istimewa setiap masa. Kita berkongsi hampir semua benda dan tidak ada satu masa pun saya ragui awak.

“Awak sangat matang dalam mengendali apa sahaja dan saya takkan minta untuk pasangan yang lebih baik. Terima kasih untuk bunga,” katanya.

Dalam masa sama, Wan Arif di IGnya juga turut meluahkan rasa syukur dapat memiliki Afifah sebagai pasangannya.

Wan Arif memberitahu tahun 2017 sangat mencabar dan seperti pasangan kekasih lain, mereka juga ada membuat kesilapan namun sudah memaafkan satu sama lain.

“Sambut tiga tahun bersama dia yang satu malam semalam. Tahun ini sangat mencabar buat kita berdua. Macam pasangan lain, kita juga ada buat silap tapi Alhamdulillah kita ada kekuatan untuk saling bermaaf-maafan.

“Sepanjang hubungan ini, dia banyak tunjuk sebalik diri dia yang umum tidak nampak. Dia adalah satu dalam sejuta dan saya bersyukur dapat panggil dia pasangan saya,” tulisnya.

Rata-rata netizen meninggalkan komen ingin melihat pasangan itu berkahwin dan mendoakan jodoh mereka berpanjangan.

You May Also Like

About the Author: hairanmetro

%d bloggers like this: