‘Student tak salah, lecturer yang salah’ – Luahan lecturer buat ramai student sentap

Perkongsian luahan hati seorang pensyarah mendapat perhatian ramai student di Twitter. Luahan yang membandingkan betapa berbezanya student zaman sekarang dengan zaman sebelumnya yang lebih berdisiplin dan mengenal erti tanggungjawab sebagai seorang pelajar.

STUDENT zaman sekarang nak tunggu pensyarah WhatsApp, call, jemput, remind berpuluh kali baru nak hantar assignment. Itu pun minta diskaun lagi dengan macam-macam alasan.

Bila kita tolong student, student insaf hujung sem saja sebab nak lulus subjek. Sem depan start drama yang sama lagi.

Zaman aku kalau kau tak hantar, pensyarah bagi fail je. Bilalah nak dapat student yang betul-betul nak belajar atau sekurang-kurangnya ada rasa tanggungjawab sebagai pelajar.

Awal sem, lecturer bagi deadline, kau buat bodoh, buat pekak tuli. Hantar assignment tangkap muat. Buat sehari sebelum. Print 2-3 jam sebelum submission.

Hujung sem bila carry marks tak lepas. Kau datang buat drama air mata minta resubmit segala bagai. Lepas kau lulus dengan nyawa-nyawa ikan, kau ketawa macam tak ada masalah.

Sem depan nampak lecturer, tak segan silu jalan sambil mendabik dada sebab tak payah repeat class.

Sumber: Kifa

You May Also Like

About the Author: hairanmetro

%d bloggers like this: