Viral Anak Melayu terkenal Di Rancangan Realiti TV Bollywood !! Dil Hai Hindustani

 

KUALA LUMPUR: Kejadian sudah setahun berlalu, tapi baru sekarang viral.

Begitulah yang dialami penyanyi berasal dari Brunei, Fakhrul Razi, 38, apabila klip video dirinya mendendangkan lagu Bollywood dalam uji bakat program realiti di India, kira-kira setahun lalu, diperkatakan netizen, sejak minggu lalu.

Memberitahu BH Online, Fakhrul tidak menyangka klip video ketika dia menyertai uji bakat pertandingan Dil Hail Hindustani, menjadi viral di Malaysia.

“Pertandingan itu membabitkan peserta dari India dan negara lain. Ia memberi tumpuan kepada lagu Bollywood yang terkenal di seluruh dunia.

“Hendak dijadikan cerita, saya terpilih untuk mengikuti sesi uji bakat pertandingan itu. Selepas enam saringan, saya berjaya ke peringkat Top 11. Namun, akhirnya saya hanya bertahan hingga Top 7,” katanya.

Fakhrul berkata, kira-kira 60 peserta bukan berasal dari India menyertai pertandingan itu.

“Namun, hanya tiga peserta asing yang bolos hingga peringkat tinggi. Saya menjadi peserta tunggal dari Brunei dan secara automatik mewakili negara Asean dan Nusantara. Dua lagi peserta bukan India ialah Ben Parag dari New York, Amerika Syarikat (AS) dan Haitham dari Oman,” katanya.

Menurut Fakhrul lagi, dia hanya mahu mencabar diri menyertai pertandingan itu.

“Secara peribadi, saya hanyalah seniman yang menghargai seni. Saya mahu belajar sesuatu yang baharu dan mencabar keupayaan diri. Itu yang saya cuba buat,” katanya.

Mengenai aksi bersahaja dan penampilannya yang berbaju Melayu dalam klip video itu, Fakhrul berkata:

“Saya pakai baju Melayu kerana saya fikir ia pakaian rasmi kita. Penyertaan saya dalam pertandingan itu manis untuk dikenang sekali gus membuka banyak peluang baharu. Saya dapat belajar menyebut istilah dalam bahasa Hindi dengan betul, buat pertunjukan sendiri, selain membuat persembahan di New York.

“Insya-Allah, selepas ini saya ada perancangan untuk berangkat ke Amerika Selatan untuk membuat persembahan dan menimba pengalaman,” katanya.

Fakhrul berbangga jika ada pihak yang tumpang gembira dengan usahanya memasyhurkan budaya Melayu di mata dunia.

“Iya, saya orang Brunei, saya orang Melayu. Namun, saya tidak berniat untuk mewakili mana-mana pihak. Saya hanya berjuang untuk diri sendiri ketika berentap di pertandingan itu.

“Tapi dengan rasa rendah hati, jika ada yang berbangga dan menjadikan diri saya sebagai inspirasi, saya bersyukur,” katanya yang mula menyanyi sejak berusia 24 tahun.

 

Video Penuh 

 

Siapa Dia Fakrur Razi ni ?

Facebook

Fahrul Razi (lahir di Brunei Darussalam, 13 April 1980; umur 37 tahun) merupakan komentator di acara TV berjudul D’Academy Asia berdarah Brunei-Indonesia yang dikabarkan memiliki kedekatan dengan seorang aktris Indonesia bernama Rina Nose.

Fakhrul Razi merupakan seorang penyanyi beraliran jazz yang merupakan aliran musik yang ‘langka’ di negara asalnya. Meski begitu, Fakhrul yakin kalau ia dapat mengembangkan kariernya di negara-negara tetangga Brunei seperti Indonesia, Filipina, Malaysia dan Singapura. Selain menjadi komentator D’Academy Asia, Fakhrul Razi pernah mewakili Brunei dalam pergelaran World Championship Of Performing Arts yang dilangsungkan di Hollywood, Amerika Serikat. Selain itu, Fakhrul juga dikenal sebagai host di stasiun RTB dan pernah menjadi penyiar radio kristal Brunei.

Di dunia musik, Fakhrul Razi mengawali langkahnya dengan membuat album yang berkolaborasi dengan musisi dari Malaysia, Indonesia dan Filipina. Waktu itu, Rika Roeslan adalah musisi Indonesia yang pernah bekerja sama dengan dirinya.

 

You May Also Like

About the Author: hairanmetro

%d bloggers like this: